Aktiviti-aktiviti yang dijalankan selepas PMR

Bagi mengisi masa senggang pelajar-pelajar tingkatan tiga yang telah habis menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), beberapa aktiviti menarik telah dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pertandingan bola tampar, pertandingan futsal dan pertandingan menggubah bunga. Hadiah-hadiah yang menarik juga telah ditawarkan bagi menarik minat para pelajar untuk memasuki pertandingan-pertandingan tersebut. Pertandingan futsal mendapat sambutan yang paling hangat daripada para pelajar. Terdapat lebih kurang empat buah pasukan telah mendaftar untuk menyertai pertandingan tersebut. Pelbagai nama pasukan dan ragam dapat dilihat ketika pertandingan tersebut dijalankan. Aktiviti-aktiviti tersebut berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Beberapa keping gambar
dibawah sempat ditangkap ketika pertandingan futsal dijalankan. Lihatlah gelagat-gelagat para pemain ketika lensa kamera ditujukan ke arah mereka.
Terdapat 4 pasukan futsal iaitu ,
1. One Malaysia
2. Malaysia Team
3. Muslimin
4.Stricker Team















No comments:

Post a Comment